Sabtu, 9 Ogos 2008

lagu best

TAPI PENYANYINYER DAH MENINGGAL

Khamis, 7 Ogos 2008

Jadual Kelas, Jamuan n Lain2 Hal

Untuk makluman semua, kuliah minggu ini akan berjalan spt biasa di Yayasan Selangor, Tkt 13A, Bilik No.18..kuliah yang terlibat ialah Unjuran (Sabtu) dan Pelarasan (Ahad)...semua diharap dpt hadir awal terutama untuk mengelakkan kesesakan penggunaan elevator...

Untuk jamuan pula, majlis akan ditangguhkan ke petang, selepas selesai kuliah unjuran peta..sekali lagi diminta rakan2 semua yang berkemampuan dan berkesempatan untuk membawa juadah tambahan (i.e. agar2 sirap, minuman berkarbonat, karipap, cucur udang, sate hj samuri, pinggan n cwn kertas...hehehe...)

Sesiapa yg ada video cam atau cam digital bolehlah dibawa untuk kita buat rakaman dan diuploadkan ke youtube, metacafe dsbnya.

Satu lagi saya cadangkan kita buat kutipan bulanan RM5/ seorang untuk disimpan ke dalam tabung kebajikan kelas di mana duit itu akan digunakan untuk majlis sambutan ulangtahun kelahiran, sambutan hari raya aidilfitri kelas dan juga sumbangan kepada rakan2 yg masuk ke hospital, kematian ahli keluarga, kelahiran cahayamata, kenduri perkahwinan dsbnya..

Sumbangan wang itu nanti akan diserahkan kepada bendahari kelas yang akan dilantik...jika ada rakan2 yg berkemampuan boleh menyumbangkan ikut keinginan masing-masing..

36 for 1, and 1 for 36

Rabu, 6 Ogos 2008

Jamuan Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Hari Sabtu ni buat julung-julung kalinya kita akan mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran sahabat kita, Mohd Firdhaus Nordin a.k.a Bunge dan adik kecil kita NurLiyana Razali...

Pastikan perut anda kosong dan datang awal ke kelas sebelum 1245 tengahari, kerana kita akan mengadakan jamuan tepat jam 1.00pm, di tingkat 13A, Bilik no.18..

Kita juga beberapa persembahan menarik terutamanya persembahan 'guitar busking' dari saudara Edi 'perindu_senja' Shawal yang akan meyumbangkan beberapa lagu popular masa kini, mungkin jugak rakan2 kita yg ada bakat boleh kongsi bakat sama2...

Majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penganjur majlis diikuti doa selamat oleh Y. Bhg. Tok Penghulu kita, upacara memotong kek, majlis bersantap ramai2 dan juga persembahan istimewa oleh Band Musafir Ipoh sebelum majlis ditutup...

Kepada sesiapa yang berkesempatan, bolehlah membawa juadah tambahan untuk dikongsi semua..

Majlis ini ditaja oleh Bunge dan harap semua dapat bekerjasama dalam mengeratkan lagi semangat ukhuwah sesama kita...

Adios....

Tugasan Unjuran Peta dan Pelarasan Ukur

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, minggu ni kena htr tugasan pelarasan dan unjuran peta..

Kepada sesiapa yang telah berjaya menyiapkan tugasan2 terbabit, bolehlah emelkan kepada rakan2 semua, kerana rasanya ramai yang tak sempat buat kerana sibuk dengan tugasan seharian..

Hari sabtu juga kita akan menduduki Ujian Pelarasan 1, dan Dr. Khairul maklumkan ujian bermula dari topik mula hingga ke topik akhir. Harap2 bolehlah bersiap siaga untuk menghadapi ujian ini...

Regards,

Fazly