Isnin, 17 November 2008

result periksa dan pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dah kebah menjawab soalan peperiksaan dan sekarang tibalah masanya pula berdebar2 menunggu keputusan...yang mana yang dapat A subjek Automasi, tahniah diucapkan manakala yang gagal mendapat A, diharap bersabar dan bulatkan lagi tekad dan usaha anda untuk mencapai keputusan terpuji di masa-masa mendatang...

Berkenaan dengan pengiktirafan JPA, saya telah menerima makluman terkini dari En. Zul dan beliau memaklumkan LJT tiada masalah untuk mengiktiraf kursus SPACE ini dan sekarang Setiausaha LJT, En, Shabudin sedang berurusan dengan JPA mengenai perkara ini. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat ini.

Kepada rakan-rakan, selamat menikmati percutian selepas mengharungi satu musim yang panjang dan berjumpa lagi tahun hadapan untuk satu lagi musim yang panjang..Insya-Allah....