Khamis, 25 September 2008

Selamat Hari Raya Maaf, Zahir dan Batin

Calm Before The Storm....inilah sambutan hari raya kita buat semua budak2 SPACE program..bukan apa selepas seronok berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara apabila kembali ke kuliah nanti kita akan berhadapan dengan satu lagi cabaran getir mengharungi baki 3 minggu kuliah sebelum peperiksaan akhir akan menanti kita dengan penuh debaran...

oklah cukuplah cerita bab-bab belajar ni...minyak dah turun 10 sen kepada RM2.45 seliter, kalau ikut RM2.70 seliter dulu kita kena isi RM121.50 untuk kereta bertangki 45 liter untuk full tank sekarang kita kena isi RM110.25, penjimatan kira-kira RM11.25...walaupun aku jangkakan kerajaan akan turunkan sekurang2nya 30sen tetapi nampaknya kerajaan belum begitu yakin ekoran kejatuhan besar-besaran bursa saham di new york di samping pasaran saham di bursa hadapan kuala lumpur yang tidak konsisten sepanjang minggu lalu...

untuk kakitangan kerajaan, raya kali ini sedikit bermakna ekoran bonus sebulan yg dihadiahkan oleh kerajaan...kira 'durian runtuh' la buat isteri dan anak2 dapat baju raya 'lebih' dan duit raya 'lebih' sikit dr tahun lepas...tetapi zakat fitrah usah dilupa kerana hanya tinggal kurang lebih 4 hari sahaja lagi untuk berbuat demikian, itu lebih mustahak untuk ditunaikan...gunakanlah baki malam2 terakhir ramadan ini untuk menjalani ibadah tarawih dan qiamullail bagi memperbanyakkan pahala buat ramadan yang datang sekali sahaja dalam setahun....

kalau shopping tu harap-harap berhemah, jgn membazir kerana dijangka trend ekonomi dunia dijangka berubah dan mungkin berlakunya kemelesetan ekonomi didunia ekoran kejatuhan ekonomi dunia...sebelum balik pastikan kereta anda telah diservis dengan betul dan no.2 telefon penting disenaraikan (terutama no. telefon syarikat penyedia bantuan automobil) sekiranya kenderaan anda mengalami masalah atau telefon aje kawan2 yang berhampiran dengan kawasan perjalanan anda

saya doakan anda semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik beraya nanti....jgn memandu sewaktu mengantuk dan berhemahlah dlm pemanduan anda...ingat keluarga tersayang...

saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta memohon maaf andai ada tersilap kata dan perbuatan sepanjang kita bergelar siswazah UTM ini....