Jumaat, 9 Januari 2009

Bilik Kuliah Minggu Ke-2 Sem II 2008/09

Bilik Kuliah untuk minggu ini ialah di Yayasan Selangor, Aras 13A, Bilik 21.

Subjek untuk minggu ini,

Sabtu (10/1/09) Falak Syarie
Ahad (11/1/09) Sistem Penentududukan Satelit

Harap maklum

Cara-Cara Memuaturun Skype

Rasanya ramai yang belum mendaftarkan diri didalam skype, laman untuk kita berforum secara ilmiah untuk subjek sgu2252 ini.

Caranya anda perlu ke pautan laman web www.skype.com/ - 9k atau anda boleh gunakan enjin carian google dan taipkan 'skype'..pada result anda boleh memilih pautan terus seperti di atas atau memilih pautan 'download skype' di mana anda akan di bawa terus ke pautan muaturun skype ini.

Selamat mencuba.

Semester Baru dan Perjuangan Yang Belum Selesai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya dah lama tak menulis dalam blog ini sejak catatan terakhir 26 november lalu. Tahun ini harapannya biarlah semangat yang baru dengan azam untuk menjadikan tahun 2009 ini sebagai tahun yang lebih baik untuk diri sebagai seorang pelajar, pekerja, ayah/ibu dan anak yang lebih baik buat diri, organisasi dan keluarga kita.

Kuatkanlah azam dan tekad kita untuk meneruskan pengajian yang memasuki fasa yang paling sukar tahun ini kerana yang pastinya kita akan kekurangan waktu rehat yang anjal dan peruntukan masa yang secukupnya bersama keluarga tersayang. Jadi, jangan bazirkan masa dan kesempatan ini untuk mempersiakan semua yang berkorban untuk kejayaan masa hadapan kita.

Setakat ini, kita telah menyelesaikan kuliah minggu pertama untuk subjek SGU2252 Ukur Satelit I di bawah tunjuk ajar Dr. Tajul. Untuk subjek ini, kita perlu memahami dengan sepenuhnya isi kandungan yang disampaikan disamping kena biasa-biasakan diri berinteraktif secara forum di dalam laman web yang disediakan. Tidak lagi perlu mengharapkan bantuan rakan-rakan untuk 'lulus' dan tidak lagi boleh berlepas tangan untuk mendapat keputusan yang baik. Pendek kata seperti kata-kata Dr. Tajul yang dapat aku fahami, 'no pain no gain'..anda perlu merasai keperitannya untuk mendapat skor markah terbaik.

Tahniah juga buat rakan-rakan yang cemerlang dalam peperiksaan lepas. Anda memang layak untuk mendapatnya dan ingatlah, mengekalkan kecemerlangan adalah lebih sukar dari mendapatnya. Teruskan kecemerlangan anda dan janganlah lupa untuk membantu rakan-rakan yang lain.

Marilah bersama-sama bersatu hati untuk sama-sama mengenggam segulung ijazah dalam masa 2 tahun setengah lagi, Insya-Allah. Selamat tahun baru dan selamat berjaya.


Fazly Noor