Rabu, 26 November 2008

Result dah keluar semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah semua keputusan dah keluar, tetapi yang mengejutkan ialah kadaster...apa dah jadi ye kepada dr harun...dr cerita senior2 dr harun susah nak bagi A tetapi kelas kita ramai yang boleh A dan A-..so anda2 memang yang terbaik antara yang terbaik...

Syukur juga, semua rakan2 kita berjaya lulus..jika mendapat keputusan yg baik, tahniah diucapkan manakala yang lain2 kuatkan lagi usaha..usaha tu tangga kejayaan..

selepas reda debaran menunggu keputusan ini, so sekarang bolehlah enjoy cuti semester ni puas2....so kita jumpa 3/1 nanti..yang dekan2 tu siapkanlah duit anda..kena open table ni kat rakan2 yang lain..hehe

ha..dengar ceritanya pengerusi ajk sosial kita mr. edi, azli, bad hidro, zulhilmy dan cheah nak panjat genting 20hb depan..so kepada rakan2 yang nak join, contactlah edi...

Isnin, 17 November 2008

result periksa dan pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dah kebah menjawab soalan peperiksaan dan sekarang tibalah masanya pula berdebar2 menunggu keputusan...yang mana yang dapat A subjek Automasi, tahniah diucapkan manakala yang gagal mendapat A, diharap bersabar dan bulatkan lagi tekad dan usaha anda untuk mencapai keputusan terpuji di masa-masa mendatang...

Berkenaan dengan pengiktirafan JPA, saya telah menerima makluman terkini dari En. Zul dan beliau memaklumkan LJT tiada masalah untuk mengiktiraf kursus SPACE ini dan sekarang Setiausaha LJT, En, Shabudin sedang berurusan dengan JPA mengenai perkara ini. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat ini.

Kepada rakan-rakan, selamat menikmati percutian selepas mengharungi satu musim yang panjang dan berjumpa lagi tahun hadapan untuk satu lagi musim yang panjang..Insya-Allah....

Selasa, 4 November 2008

Jadual Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Berikut adalah jadual peperiksaan Sem I/08-09, semua peperiksaan akan dijalankan di Bangunan Yayasan Selangor, kepada semua rakan2 yang berkereta dinasihatkan supaya datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan untuk parkir kenderaan masing2..

7/11/2008/Jumaat ---> SGU4323 Ukur Kadaster II/BK3-BK5 (Tingkat 11)
(9.00 pagi)

8/11/2008/Sabtu -----> SGU2043 Ukur Kej II/Automasi/BK6-BK5 (Tingkat 11)
(9.00 pagi)

9/11/2008/Ahad ------> SGU1282 Pelarasan Data Spatial I/BK1-BK2 (Tingkat 11)
(9.00 pagi)

15/11/2008/Sabtu------>SGU2372 Unjuran Peta/BK3-BK8 (Tingkat 12)
(9.00 pagi)

Di samping itu diingatkan kepada rakan2 semua supaya mencetak surat kebenaran menduduki peperiksaan di laman web sistem maklumat pelajar kerana pihak space tidak menghantar surat seperti kebiasaannya.

Selamat mengulangkaji dan berjumpa di Yayasan Selangor jumaat ini, Insya-Allah.


regards,

fazly

p/s

no pain no gain..tiada kemanisan dalam kejayaan tanpa pengorbanan...

Isnin, 27 Oktober 2008

faktor penukaran


Ihsan JUPEM KEDAH from " azli kulim"
Upload by nasarul
ada info lain syer la..

Khamis, 23 Oktober 2008

Kuliah Minggu Terakhir Sem 1 2008/2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan2 semua, minggu ini kuliah adalah seperti berikut;

25 Oktober 2008 (Sabtu) - Ukur Automasi
26 Oktober 2008 (Ahad) - Ukur Kadaster 3

Untuk Ukur Automasi kita perlu hantar Laporan Kerja Luar dan juga ingatan buat semua kita juga perlu lakukan Ujian 2 (optional)...kepada rakan2 yang ingin meningkatkan markah boleh mengambil ujian ini kerana En. Zul akan pilih markah yang terbaik dari salah satu ujian ini..

Topik untuk Ujian Automasi ialah dari Perian CDS, DTM sehinggalah perisian AutoCAD..

Bagi Ukur Kadaster, tugasan bagi laporan kadaster boleh dihantar Ahad ini, sekiranya tuan2 tidak dapat berbuat demikian, bolehlah menghantar melalui kurier selewat2nya sebelum tarikh peperiksaan dan seelok2nya sebelum akhir bulan ini...

Ahad ini juga jangan lupa, kita perlu menduduki Ujian 3 Kadaster berkaitan Ukur Hakmilik Strata di mana soalan2 berbentuk objektif..

Saya rasa semua rakan2 semua termasuk saya juga sibuk menyiapkan laporan untuk tugasan2 ini....selamat untuk semua, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita ini

Akhir Kalam

p/s
Ralat, Untuk Ukur Satelit 1 kodnya SGU2252, harap maklum

Selasa, 21 Oktober 2008

Ujian

Kawan-kawan sudah daftar mata pelajaran sem depan ke?
Ada satu subjek rasanya kod salah?

nasarul

Khamis, 16 Oktober 2008

Ujian 2 Unjuran Peta

Untuk makluman semua, Ujian 2 Unjuran Peta akan dijalankan pada Ahad ini, 19 Oktober 2008..Ujian ini meliputi topik2 Unjuran Kon dan Unjuran Silinder..ujian ini sama seperti Ujian 1 berbentuk open notes test dan terdapat 2 soalan iaitu satu soalan berbentuk pengiraan manakala satu soalan lagi berbentuk umum...soalan pengiraan adalah soalan penyelesaian masalah...jadi untuk mengingatkan semua untuk Unjuran kita perlu hantar tugasan 2 dan menduduki Ujian 2...

Harap kawan2 semua dapat bersiaga dalam menghadapi minggu ini...

Regards,

Fazly

Selasa, 14 Oktober 2008

Maklumat Kuliah Minggu Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Untuk makluman pada minggu ini kita perlu menghantar 2 tugasan iaitu tugasan untuk Pelarasan Ukur di mana ujian 1 yang kebanyakan dari kita gagal tempohari perlu dihantar semula sebagai tugasan.

Kita juga perlu menyiapkan tugasan Unjuran Peta...untuk makluman semua minggu ini merupakan pertemuan terakhir bagi kuliah SGU1282 dan SGU2372 dan diharapkan rakan2 semua dapat hadir kerana pensyarah akan memberikan tips2 untuk final nanti..

Jadual Kuliah minggu ini ialah Pelarasan (SABTU) dan Unjuran (AHAD), dan diharapkan rakan2 dapat hadir tepat pada masanya kerana masa2 yg lepas ada segelintir dari kita yg hadir lewat ke kelas....ingatlah salah satu cara kita menghormati guru ialah dengan tidak membiarkan guru menanti kehadiran muridnya, saya mengingatkan diri saya dan juga rakan 2 semua ke atas perkara ini...

Akhir kalam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Khamis, 25 September 2008

Selamat Hari Raya Maaf, Zahir dan Batin

Calm Before The Storm....inilah sambutan hari raya kita buat semua budak2 SPACE program..bukan apa selepas seronok berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara apabila kembali ke kuliah nanti kita akan berhadapan dengan satu lagi cabaran getir mengharungi baki 3 minggu kuliah sebelum peperiksaan akhir akan menanti kita dengan penuh debaran...

oklah cukuplah cerita bab-bab belajar ni...minyak dah turun 10 sen kepada RM2.45 seliter, kalau ikut RM2.70 seliter dulu kita kena isi RM121.50 untuk kereta bertangki 45 liter untuk full tank sekarang kita kena isi RM110.25, penjimatan kira-kira RM11.25...walaupun aku jangkakan kerajaan akan turunkan sekurang2nya 30sen tetapi nampaknya kerajaan belum begitu yakin ekoran kejatuhan besar-besaran bursa saham di new york di samping pasaran saham di bursa hadapan kuala lumpur yang tidak konsisten sepanjang minggu lalu...

untuk kakitangan kerajaan, raya kali ini sedikit bermakna ekoran bonus sebulan yg dihadiahkan oleh kerajaan...kira 'durian runtuh' la buat isteri dan anak2 dapat baju raya 'lebih' dan duit raya 'lebih' sikit dr tahun lepas...tetapi zakat fitrah usah dilupa kerana hanya tinggal kurang lebih 4 hari sahaja lagi untuk berbuat demikian, itu lebih mustahak untuk ditunaikan...gunakanlah baki malam2 terakhir ramadan ini untuk menjalani ibadah tarawih dan qiamullail bagi memperbanyakkan pahala buat ramadan yang datang sekali sahaja dalam setahun....

kalau shopping tu harap-harap berhemah, jgn membazir kerana dijangka trend ekonomi dunia dijangka berubah dan mungkin berlakunya kemelesetan ekonomi didunia ekoran kejatuhan ekonomi dunia...sebelum balik pastikan kereta anda telah diservis dengan betul dan no.2 telefon penting disenaraikan (terutama no. telefon syarikat penyedia bantuan automobil) sekiranya kenderaan anda mengalami masalah atau telefon aje kawan2 yang berhampiran dengan kawasan perjalanan anda

saya doakan anda semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik beraya nanti....jgn memandu sewaktu mengantuk dan berhemahlah dlm pemanduan anda...ingat keluarga tersayang...

saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta memohon maaf andai ada tersilap kata dan perbuatan sepanjang kita bergelar siswazah UTM ini....

Jumaat, 12 September 2008

aloooo...tolong weiii

kepada sesapa yang dah buat tugasan pelarasan & unjuran peta boleh tak bagi kat hamba pacal yang hina nie... aku dah tak sempat giler ni..kena kejar dgn kerja.giler babi ni. aku nk kena siapkan kerja CCi yang entah aper2 ni..ada lagi tinggal 200 point..tolong laaa..bayar pun bayar laa..aku sanggup. ni dah kira meminta belas kasihan dari kawan2 laa ni.. PLEASE... jasa mu akan ku kenang sampai bila2..

Rabu, 27 Ogos 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 dan Salam 1 Ramadan 1429H.....sila klik disini

Minggu ini minggu kemerdekaan..rasanya ramai kawan-kawan kita yang mengambil kesempatan untuk pulang bercuti di kampung, bersiar-siar atau melancong bersama keluarga.

Saya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan dan sila pastikan kenderaan anda selamat untuk dipandu serta memandulah dengan cermat dan berhati-hati.

Selamat menyambut Ramadan, semoga bulan keberkatan ini akan memberikan kita satu dorongan untuk mencipta kejayaan.

Salam.
Akibat nak cari kepuasan lebih..malu dapat, sakit pun dapat hehehe http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20080826090123/Article
KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.
Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya
.
That's just said rakyat don't buy bn's smear campaign towards opposition party...rakyat are smart enough to vote for changes...siapa yg benar dan siapa yang salah..hanya Allah yang menentukan...semoga pemimpin2 umno ini sedar dan mula berubah demi kekuatan umat melayu dan islam...
Satu Pergaduhan Dasyat Yang Berlaku Beberapa Hari Sebelum Pengundian di Permatang Pauh....http://www.youtube.com/watch?v=0aga6a3IHjY

Rabu, 20 Ogos 2008

Video Klip Kelas

video klip ni untuk suka-suka ajer..jgn ada yg rasa tersinggung okay...enjoy

Kerjaluar Ukur Kejut III

Minggu ni lebih tepat lagi hari Ahad ini, kita semua akan berkumpul di kampus UTM Jalan Semarak untuk menjalankan kerja ukur butiran...

kepada semua diharapkan bersedia dengan peralatan dan memakai pakaian yang sesuai untuk tujuan tersebut..tapi kalau hujan macamana yer????

kalau boleh, kita semua dapat hadir awal, kerana seelok-eloknya kita memulakan kerja sebelum pukul 8 pagi sebelum matahari meninggi dan dapat menyiapkan tugas sebelum lewat tengahari..

Report Writing Ukur Kadaster 3

Ramai yang bertanya mengenai tarikh sebenar penghantaran report writing, tapi tak salah pendengaran saya, kita kena hantar pada minggu ke-5 atau ke-6 iaitu sebelum pertemuan terakhir..

berikut adalah pertemuan2 untuk kelas kadaster..

13 Julai 2008 (Ahad)
2 Ogos 2008 (Sabtu)
23 Ogos 2008 (Sabtu)
7 September 2008 (Ahad)
21 September 2008 (Ahad)
11 Oktober 2008 (Sabtu)
26 Oktober 2008 (Ahad)

Minggu ni, dikira sebagai pertemuan ke-3, rasanya bukan minggu ni tarikh penghantaran tugasan..walaubagaimanapun saya telah cuba untuk sahkan perkara ini dengan dr harun tetapi malangnya beliau gagal dihubungi (cuti semester universiti sekarang dan minggu konvo 16-19 ogos 2008)

poneng den


cuba laa pikir mcm maner dia org buat..cuba terangkan..aku malas nak pikir.

Sabtu, 9 Ogos 2008

lagu best

TAPI PENYANYINYER DAH MENINGGAL

Khamis, 7 Ogos 2008

Jadual Kelas, Jamuan n Lain2 Hal

Untuk makluman semua, kuliah minggu ini akan berjalan spt biasa di Yayasan Selangor, Tkt 13A, Bilik No.18..kuliah yang terlibat ialah Unjuran (Sabtu) dan Pelarasan (Ahad)...semua diharap dpt hadir awal terutama untuk mengelakkan kesesakan penggunaan elevator...

Untuk jamuan pula, majlis akan ditangguhkan ke petang, selepas selesai kuliah unjuran peta..sekali lagi diminta rakan2 semua yang berkemampuan dan berkesempatan untuk membawa juadah tambahan (i.e. agar2 sirap, minuman berkarbonat, karipap, cucur udang, sate hj samuri, pinggan n cwn kertas...hehehe...)

Sesiapa yg ada video cam atau cam digital bolehlah dibawa untuk kita buat rakaman dan diuploadkan ke youtube, metacafe dsbnya.

Satu lagi saya cadangkan kita buat kutipan bulanan RM5/ seorang untuk disimpan ke dalam tabung kebajikan kelas di mana duit itu akan digunakan untuk majlis sambutan ulangtahun kelahiran, sambutan hari raya aidilfitri kelas dan juga sumbangan kepada rakan2 yg masuk ke hospital, kematian ahli keluarga, kelahiran cahayamata, kenduri perkahwinan dsbnya..

Sumbangan wang itu nanti akan diserahkan kepada bendahari kelas yang akan dilantik...jika ada rakan2 yg berkemampuan boleh menyumbangkan ikut keinginan masing-masing..

36 for 1, and 1 for 36

Rabu, 6 Ogos 2008

Jamuan Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Hari Sabtu ni buat julung-julung kalinya kita akan mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran sahabat kita, Mohd Firdhaus Nordin a.k.a Bunge dan adik kecil kita NurLiyana Razali...

Pastikan perut anda kosong dan datang awal ke kelas sebelum 1245 tengahari, kerana kita akan mengadakan jamuan tepat jam 1.00pm, di tingkat 13A, Bilik no.18..

Kita juga beberapa persembahan menarik terutamanya persembahan 'guitar busking' dari saudara Edi 'perindu_senja' Shawal yang akan meyumbangkan beberapa lagu popular masa kini, mungkin jugak rakan2 kita yg ada bakat boleh kongsi bakat sama2...

Majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penganjur majlis diikuti doa selamat oleh Y. Bhg. Tok Penghulu kita, upacara memotong kek, majlis bersantap ramai2 dan juga persembahan istimewa oleh Band Musafir Ipoh sebelum majlis ditutup...

Kepada sesiapa yang berkesempatan, bolehlah membawa juadah tambahan untuk dikongsi semua..

Majlis ini ditaja oleh Bunge dan harap semua dapat bekerjasama dalam mengeratkan lagi semangat ukhuwah sesama kita...

Adios....

Tugasan Unjuran Peta dan Pelarasan Ukur

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, minggu ni kena htr tugasan pelarasan dan unjuran peta..

Kepada sesiapa yang telah berjaya menyiapkan tugasan2 terbabit, bolehlah emelkan kepada rakan2 semua, kerana rasanya ramai yang tak sempat buat kerana sibuk dengan tugasan seharian..

Hari sabtu juga kita akan menduduki Ujian Pelarasan 1, dan Dr. Khairul maklumkan ujian bermula dari topik mula hingga ke topik akhir. Harap2 bolehlah bersiap siaga untuk menghadapi ujian ini...

Regards,

Fazly

Jumaat, 1 Ogos 2008

jawapan kadaster 2

Atas permintaan ramai, ni jwpn kadaster yg aku sediakan..kalau ada mana2 yg tak betul tlg perbetulkan...

1. 5 contoh yg digolongkan sbg 'ukuran hakmilik'
i) Ukuran untuk pemberi-milikan tanah ii) ukuran untuk pecah sempadan tanah iii) ukuran untuk pecah bahagian iv) ukuran untuk pecah bahagian v) ukuran untuk Akta Tanah

2. Orang-orang yang dibenarkan membuat pengukuran adalah i) Jurukur Kerajaan dan; ii) Jurukur Tanah Berlesen yang berdaftar di Bawah Ordinan Jurukur Tanah Berlesen 1958

3. i) sempadan-sempadan telah ditentukan dengan garis2 hak
ii) tanda-tanda sempadan telah ditanam ikut garis2 hak yg telah ditentukan di atas permukaan tanah
iii) Keluasan yang diliputi sempadan garis2 hak telah dikira
iv) Pelan Akui telah diluluskan oleh Penagarah Ukur
v) Pelan telah didaftarkan dan di failkan di Jabatan Ukur

4. 2 contoh mengapa tnh perlu di ukur dibwh s396ktn
i) Mengelak dari berlakunya celahan (gap) atau overlap (tindihan) berlaku di mana2 tapak tanah.
ii) Tiada keraguan sempadan timbul

5. "tanah telah diukur' - tanah yang telah diukur secara halus dan tanah telah diberi no. lotnya serta pelan akui telah diluluskan oleh pengarah ukur dan boleh diperolehi di Jabatan Ukur
"tanah belum diukur" - tanah yang belum dibuat pengukuran secara halus dan belum ditukarkan pemilikan dar pemilikan sementara (q.t) ke pemilikan penuh (ft)

6. "Permintaan/Permohonan Ukur (PU)" adalah permohonan untuk mendapatkan pengukuran pemberi-milikan tanah oleh Jabatan Ukur. sekiranya terdapat tanah yang belum mempunyai pemilik, mana-mana individu boleh memohon dengan menyediakan dokumen-dokumen seperti surat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN), carian dari Pejabat Tanah, maklumat2 no. lot/mukim/daerah, surat lantikan jurukur tnh berlesen dan dikemukakan ke Pejabat Tanah untuk dipanjangkan ke Jabatan Ukur untuk kelulusan no. lot dan pengukuran.

b) P.U. di sediakan oleh Pejabat Tanah selepas menerima permohonan dari pemohon atau pemohon boleh melantik mana-mana Jurukur Tanah Berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah bagi jalankan kerja2 bagi pihaknya.

7. i) Bagi tanah yang mempunyai keluasan kurang dari 100 ekar, perbezaan yang dibenarkan adalah 5% dari keseluruhan keluasan tanah
ii) bagi tanah yang mempunyai keluasan 100-500 ekar, perbezaan yang dibenarkan adalah 5 ekar
iii) bagi tanah yang lebih dari 500 ekar, perbezaan yang dibenarkan adalah 1&

8. a) Kaedah2 rizab jln diukur...sila rujuk Akta Jurukur Berlesen 1959, Perkara 51, 52 dan 53 (dalam nota)
b) -belum ada jwpn-
c0 -belum ada jwpn-

9. Rizab sungai ditentukan? sila rujuk dlm nota "Warta Kerajaan Negeri Pahang(No.950/29 ogos 1996): Sungai Negeri Pahang, Pekeliling KPTG

10. "Carian" adalah dapatan butiran2 atau maklumat2 berkenaan sesuatu petak atau lot tanah yang dilakukan di Pejabat Tanah yang mengenadungi maklumat2 berkaitan suratan hakmilik tanah, mo. lot, nama pemilik, taraf pegangan, nama mukim/daerah, status tanah d.l.l

"Carian" terbahagi kepada dua iaitu "Carian Rasmi" dan "Carian Persendirian"

sekiranya ada jawapan yg lebih baik, boleh posting jawapan yg dirasakan lebih tepat..

t.q

regards,

fazly

9.

Rabu, 30 Julai 2008

Ujian 1 Kadaster 2

Untuk makluman semua minggu ini, hari Sabtu, Ujian 1 Ukur Kadaster 2 akan dijalankan..

Kita telah belajar dari Kuliah 1 iaitu dari Datum hingga ke Tanah Rizab (termasuk rizab Sungai)

Soalan-soalan dari semester2 lepas seperti berikut;

1. 5 contoh ukuran yang digolongkan sebagai Ukuran Hakmilik
2. Orang-orang yang dibenarkan menjalankan kerja-kerja ukur hakmilik
3.Definasi "tnh telah diukur" ikut Sek.396 KTN
4. Berikan 2 cth mengapa tnh perlu diukur di bwh S396 KTN
5. Bagaimana nak ketahui sesuatu bidang tnh itu dikatakan "telah diukur" atau "belum diukur"
6. Apakah itu "Permintaan/Permohonan Ukur" (PU)
7. Pihak manakah yang menyediakan PU
8. Merujuk kepada Peraturan Ukur Kadaster 2002, apakah tindakan anda jika berlaku keluasan yang diukur berbeza dari yang diluluskan (seperti dlm dokumen hakmilik)
9. a. Berikan kaedah bagaiamana rizab jalan diukur?
b. Apakah tindakan anda jika terdapat rizab jalan memotong lot yang diukur menjadi 2 bhg
c. Dimanakah kedudukan longkang, tebing pemotongan atau tambakan berbanding rizab jalan
10. Bagaimanakah lebar rizab jalan bagi sungai ditentukan (sila buat lakaran menggunakan rajah dimana perlu)
11. Carian, istilah dan jenis

Kredit untuk saudara Epoi yang telah menyediakan maklumat2 ini dan kepada rakan2 yang hendak berkongsi jawapan, boleh masukkan ke dalam blog ini.

Selamat menela'ah.

Regards.

Khamis, 24 Julai 2008

Kuliah Minggu iNI

Kuliah minggu ini, Minggu Kuliah Ke-3;

Sabtu, 26.07.08 Unjuran Peta
Ahad, 27.07.08 Pelarasan Data Spatial

Selasa, 22 Julai 2008

tugasan kejut. berkumpulan

askum kekawan...

untuk tugasan ukur kejut......

di minta kekawan senarai kan tajuk2 yang akan dibuat agar setiap tajuk tidak akan bersamaan dengan kumpulan lain...

kalau sama pun apa salah nyer kan...huhuhuhuhu

Isnin, 21 Julai 2008

Saper2 nak beli instrumen ukur

Anda nak buat kerja part time???Tapi alat tiada?? Malas nak guna alat pejabat dan pinjam dari syarikat kengkawan...

Ini peluang untuk anda untuk bergiat aktif dalam lapangan ukur di samping menambahkan pendapatan di kala harga barangan yang meningkat naik...

Dapatkan alat-alat ini di pasaran dengan harga yang rendah tetapi kualiti yang baik;

Alat : Levelling

Brand : Made In China

Harga : RM700.00 (Alat 1 unit, Tripod 1 unit dan Staf 2 unit)

**Warranti 6 bulan untuk alat sahaja

Alat : Prismatic Compass

Brand : Sunnto

Harga : RM400.00

Tugasan Pelarasan

Kepada rakan-rakan yang dah buat tugasan, silalah berkongsi dengan rakan-rakan kerana saya pasti ramai yang tidak sempat mengulangkaji pelajaran kerana jadual kuliah yang ketat dan memenatkan.

Nota Kadaster 2

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, nota kadaster 2 akan saya e-melkan selewatn-lewatnya petang ini.

Mr. Ken Cheah dah attachkan fail Automasi ke semua.

Sekiranya ada apa2 masalah boleh hubungi saya.

Regards,

Fazly

Rabu, 16 Julai 2008

kelas 19 & 20 julai 2008

Kelas minggu ini adalah di bilik T207/08....subjek minggu ini ialah automasi 3 n kadaster 2

Isnin, 14 Julai 2008

result titas

Nampak gayanya kita kena menunggu lagi, hasil perbualan saya dengan en. halim tadi (pkl 9.40am), beliau sedang membuat semakan kerja khusus untuk sediakan carry mark untuk dicampurkan dgn markah final...dan setakat hari ni belum ada apa2 lagi....

nota unjuran peta

Assalamualaikum semua...

aku ada nota unjuran peta (softcopy) bekas pelajar utm (officemate aku)..saper2 yang berminat boleh pm aku...

regards

Selasa, 8 Julai 2008

Pendaftaran Mata Pelajaran

Untuk makluman semua, pendaftaran subjek untuk Sem 1 2008/09 Julai telahpun diterima dan disahkan pada hari ini (8/7/08)

harap maklum.

Periksa dah Habis..agak2nya dapat ape ye?

Haa..selepas bergelumang dengan tugasan dan menghadapi peperiksaan minggu lepas, pasti ramai yang tak sabo nak tau resultnya...hmm course work tak dapat, susah sikit nak anggar tapi aku rasa ramai yg konfiden titas boleh skor A (tak termasuk aku le ( ; ) sebab hampir 80% soalan yang diberi En. Halim keluar..

English pulak, susah sikit nak ramal tapi aku rasa busuk2 pun B le dia kasi atas kesungguhan kita dan dedikasi sepanjang sebln semester pendek ni...

bagi aku, sem pendek ni mencabar le jugak walaupun tidak teknikal terutama masa nak siapkan presentation....apapun tahniah aku ucapkan kepada kengkawan semua di atas dedikasi, semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang sem pendek ni...

"Try The Best, Be The Best"

regards,

fazly

Kelas Minggu 1 Sem 1 2008/09

Assalamualaikum dan selamat semua...

rasa-rasa nak g kelas tak minggu ni...aku rasa ramai yang bercadang nak ponteng kelas minggu ni kan?tapi aku rasa baik korang kensel dulu plan korang, sbb first day of the class ni paling penting pulak tambahan subjek sukar spt pelarasan data spatial...

kelas minggu ni;

12/7 Pelarasan Data Spatial
13/7 Unjuran Peta..

so, Insya-Allah berjumpa di kelas nanti..

bai-bai....

fazly

Selamat Datang Kawanku Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Blog ni dicipta khusus buat semua spacemates sgu sebagai satu wadah untuk berkomunikasi, bertukar2 pandangan serta pendapat terhadap berbagai2 isu dan juga sebagai suatu sumber untuk kita menyelesaikan masalah pembelajaran

Tetapi diharapkan didalam kita ber'blog' janganlah kita menyinggung perasaan satu sama lain dan berhemah di dalam setiap penulisan kita.

regards,

fazly