Jumaat, 9 Januari 2009

Bilik Kuliah Minggu Ke-2 Sem II 2008/09

Bilik Kuliah untuk minggu ini ialah di Yayasan Selangor, Aras 13A, Bilik 21.

Subjek untuk minggu ini,

Sabtu (10/1/09) Falak Syarie
Ahad (11/1/09) Sistem Penentududukan Satelit

Harap maklum

Cara-Cara Memuaturun Skype

Rasanya ramai yang belum mendaftarkan diri didalam skype, laman untuk kita berforum secara ilmiah untuk subjek sgu2252 ini.

Caranya anda perlu ke pautan laman web www.skype.com/ - 9k atau anda boleh gunakan enjin carian google dan taipkan 'skype'..pada result anda boleh memilih pautan terus seperti di atas atau memilih pautan 'download skype' di mana anda akan di bawa terus ke pautan muaturun skype ini.

Selamat mencuba.

Semester Baru dan Perjuangan Yang Belum Selesai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya dah lama tak menulis dalam blog ini sejak catatan terakhir 26 november lalu. Tahun ini harapannya biarlah semangat yang baru dengan azam untuk menjadikan tahun 2009 ini sebagai tahun yang lebih baik untuk diri sebagai seorang pelajar, pekerja, ayah/ibu dan anak yang lebih baik buat diri, organisasi dan keluarga kita.

Kuatkanlah azam dan tekad kita untuk meneruskan pengajian yang memasuki fasa yang paling sukar tahun ini kerana yang pastinya kita akan kekurangan waktu rehat yang anjal dan peruntukan masa yang secukupnya bersama keluarga tersayang. Jadi, jangan bazirkan masa dan kesempatan ini untuk mempersiakan semua yang berkorban untuk kejayaan masa hadapan kita.

Setakat ini, kita telah menyelesaikan kuliah minggu pertama untuk subjek SGU2252 Ukur Satelit I di bawah tunjuk ajar Dr. Tajul. Untuk subjek ini, kita perlu memahami dengan sepenuhnya isi kandungan yang disampaikan disamping kena biasa-biasakan diri berinteraktif secara forum di dalam laman web yang disediakan. Tidak lagi perlu mengharapkan bantuan rakan-rakan untuk 'lulus' dan tidak lagi boleh berlepas tangan untuk mendapat keputusan yang baik. Pendek kata seperti kata-kata Dr. Tajul yang dapat aku fahami, 'no pain no gain'..anda perlu merasai keperitannya untuk mendapat skor markah terbaik.

Tahniah juga buat rakan-rakan yang cemerlang dalam peperiksaan lepas. Anda memang layak untuk mendapatnya dan ingatlah, mengekalkan kecemerlangan adalah lebih sukar dari mendapatnya. Teruskan kecemerlangan anda dan janganlah lupa untuk membantu rakan-rakan yang lain.

Marilah bersama-sama bersatu hati untuk sama-sama mengenggam segulung ijazah dalam masa 2 tahun setengah lagi, Insya-Allah. Selamat tahun baru dan selamat berjaya.


Fazly Noor

Rabu, 26 November 2008

Result dah keluar semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah semua keputusan dah keluar, tetapi yang mengejutkan ialah kadaster...apa dah jadi ye kepada dr harun...dr cerita senior2 dr harun susah nak bagi A tetapi kelas kita ramai yang boleh A dan A-..so anda2 memang yang terbaik antara yang terbaik...

Syukur juga, semua rakan2 kita berjaya lulus..jika mendapat keputusan yg baik, tahniah diucapkan manakala yang lain2 kuatkan lagi usaha..usaha tu tangga kejayaan..

selepas reda debaran menunggu keputusan ini, so sekarang bolehlah enjoy cuti semester ni puas2....so kita jumpa 3/1 nanti..yang dekan2 tu siapkanlah duit anda..kena open table ni kat rakan2 yang lain..hehe

ha..dengar ceritanya pengerusi ajk sosial kita mr. edi, azli, bad hidro, zulhilmy dan cheah nak panjat genting 20hb depan..so kepada rakan2 yang nak join, contactlah edi...

Isnin, 17 November 2008

result periksa dan pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dah kebah menjawab soalan peperiksaan dan sekarang tibalah masanya pula berdebar2 menunggu keputusan...yang mana yang dapat A subjek Automasi, tahniah diucapkan manakala yang gagal mendapat A, diharap bersabar dan bulatkan lagi tekad dan usaha anda untuk mencapai keputusan terpuji di masa-masa mendatang...

Berkenaan dengan pengiktirafan JPA, saya telah menerima makluman terkini dari En. Zul dan beliau memaklumkan LJT tiada masalah untuk mengiktiraf kursus SPACE ini dan sekarang Setiausaha LJT, En, Shabudin sedang berurusan dengan JPA mengenai perkara ini. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat ini.

Kepada rakan-rakan, selamat menikmati percutian selepas mengharungi satu musim yang panjang dan berjumpa lagi tahun hadapan untuk satu lagi musim yang panjang..Insya-Allah....

Selasa, 4 November 2008

Jadual Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Berikut adalah jadual peperiksaan Sem I/08-09, semua peperiksaan akan dijalankan di Bangunan Yayasan Selangor, kepada semua rakan2 yang berkereta dinasihatkan supaya datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan untuk parkir kenderaan masing2..

7/11/2008/Jumaat ---> SGU4323 Ukur Kadaster II/BK3-BK5 (Tingkat 11)
(9.00 pagi)

8/11/2008/Sabtu -----> SGU2043 Ukur Kej II/Automasi/BK6-BK5 (Tingkat 11)
(9.00 pagi)

9/11/2008/Ahad ------> SGU1282 Pelarasan Data Spatial I/BK1-BK2 (Tingkat 11)
(9.00 pagi)

15/11/2008/Sabtu------>SGU2372 Unjuran Peta/BK3-BK8 (Tingkat 12)
(9.00 pagi)

Di samping itu diingatkan kepada rakan2 semua supaya mencetak surat kebenaran menduduki peperiksaan di laman web sistem maklumat pelajar kerana pihak space tidak menghantar surat seperti kebiasaannya.

Selamat mengulangkaji dan berjumpa di Yayasan Selangor jumaat ini, Insya-Allah.


regards,

fazly

p/s

no pain no gain..tiada kemanisan dalam kejayaan tanpa pengorbanan...

Isnin, 27 Oktober 2008

faktor penukaran


Ihsan JUPEM KEDAH from " azli kulim"
Upload by nasarul
ada info lain syer la..

Khamis, 23 Oktober 2008

Kuliah Minggu Terakhir Sem 1 2008/2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan2 semua, minggu ini kuliah adalah seperti berikut;

25 Oktober 2008 (Sabtu) - Ukur Automasi
26 Oktober 2008 (Ahad) - Ukur Kadaster 3

Untuk Ukur Automasi kita perlu hantar Laporan Kerja Luar dan juga ingatan buat semua kita juga perlu lakukan Ujian 2 (optional)...kepada rakan2 yang ingin meningkatkan markah boleh mengambil ujian ini kerana En. Zul akan pilih markah yang terbaik dari salah satu ujian ini..

Topik untuk Ujian Automasi ialah dari Perian CDS, DTM sehinggalah perisian AutoCAD..

Bagi Ukur Kadaster, tugasan bagi laporan kadaster boleh dihantar Ahad ini, sekiranya tuan2 tidak dapat berbuat demikian, bolehlah menghantar melalui kurier selewat2nya sebelum tarikh peperiksaan dan seelok2nya sebelum akhir bulan ini...

Ahad ini juga jangan lupa, kita perlu menduduki Ujian 3 Kadaster berkaitan Ukur Hakmilik Strata di mana soalan2 berbentuk objektif..

Saya rasa semua rakan2 semua termasuk saya juga sibuk menyiapkan laporan untuk tugasan2 ini....selamat untuk semua, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita ini

Akhir Kalam

p/s
Ralat, Untuk Ukur Satelit 1 kodnya SGU2252, harap maklum

Selasa, 21 Oktober 2008

Ujian

Kawan-kawan sudah daftar mata pelajaran sem depan ke?
Ada satu subjek rasanya kod salah?

nasarul