Khamis, 7 Ogos 2008

Jadual Kelas, Jamuan n Lain2 Hal

Untuk makluman semua, kuliah minggu ini akan berjalan spt biasa di Yayasan Selangor, Tkt 13A, Bilik No.18..kuliah yang terlibat ialah Unjuran (Sabtu) dan Pelarasan (Ahad)...semua diharap dpt hadir awal terutama untuk mengelakkan kesesakan penggunaan elevator...

Untuk jamuan pula, majlis akan ditangguhkan ke petang, selepas selesai kuliah unjuran peta..sekali lagi diminta rakan2 semua yang berkemampuan dan berkesempatan untuk membawa juadah tambahan (i.e. agar2 sirap, minuman berkarbonat, karipap, cucur udang, sate hj samuri, pinggan n cwn kertas...hehehe...)

Sesiapa yg ada video cam atau cam digital bolehlah dibawa untuk kita buat rakaman dan diuploadkan ke youtube, metacafe dsbnya.

Satu lagi saya cadangkan kita buat kutipan bulanan RM5/ seorang untuk disimpan ke dalam tabung kebajikan kelas di mana duit itu akan digunakan untuk majlis sambutan ulangtahun kelahiran, sambutan hari raya aidilfitri kelas dan juga sumbangan kepada rakan2 yg masuk ke hospital, kematian ahli keluarga, kelahiran cahayamata, kenduri perkahwinan dsbnya..

Sumbangan wang itu nanti akan diserahkan kepada bendahari kelas yang akan dilantik...jika ada rakan2 yg berkemampuan boleh menyumbangkan ikut keinginan masing-masing..

36 for 1, and 1 for 36

1 ulasan:

N.F.A berkata...

cadangan ini adalah sagat bernas.......